Daripada Abu Hurairah r.a
bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w
" Wasiatkan kepadaku. "
Sabda Baginda, " Jangan marah. " Kemudian beliau berulang kali
bertanya. Sabda Baginda, " Jangan Marah "
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada
suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap
kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,
bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada
hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang
paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia
pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku
itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua
paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara
tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan
kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu
atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan
parut dan luka, sama seperti ini.
Kau
boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi
ingatlah, walau berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan
susah dan orang-orang yang menahan kemarahanya dan orang-orang yang
memaafkan kesalahan orang. Dan ( ingatlah ), Allah mengasihi
orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
(
Al-Imran ayat 134 )
barang apa yg dijual?
BalasPadam